assalamualaikum..wa syukrillah.. Allahuakbar.. semalam dengan izin Allah.. satu program motivasi (WHO AM I) telah berjaya dilaksanakan sengan asbab kerjasama dari guru-gurunya, 71 orang peserta bersama 10 orang fasilitator terdiri daipada Cikgu Radzi,Cikgu Wan,Cikgu Hafiz,Cikgu Razin,Cikgu Amin,Cikgu Azie, Cikgu Asma, Cikgu Nana, Cikgu Ain dan Cikgu Shikin. program yang berlangsung dari 18-20hari bulan ini amat mendapat galakan dari para peserta dan kesannya dapat dilihat dengan kejelikan, keyakinan, dan kesungguhan mereka dalam menepati masa.. banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama anda.. jadi, nak tau tak.. gambaran asas yang boleh diceritakan disini adalah...dont juz people by its cover.. pelajar-pelajar bertudung labuh tidak semestinya pasif, tidak terbuka pemikiran mereka dan sebagainya...tetapi adalah sebaliknya... ingin tau bagaimana cerita nya..?? nantikan sambungannya.. ^^ insyaAllah..
Alhamdulillah.. bersua kembali kita disini ^^.. ha.. inilah banner yang di pasang sepanjang 3 hari 2 malam ni.. di depan pintu asrama aspuri. masa ni ramai yang da pulang ke kampung hanya tinggal peserta program sahaja.
mm...ni gambar balik...nk tgu pic len lambat plak..knl lg cikgu ni..? cikgu Hafiz n cikgu Radzi..mmg sporting ^^ ... bersambung
Assalamualaikum warohmatullah dan salam satu Malaysia.. Selamat Datang Ke Beautifullife007.. Ini adalah blog yang disediakan khas untuk semua yang berminat dan ingin mengetahui tentang isu semasa, kaunseling, bimbingan, kerjaya, perkongsian idea,pengalaman atau sebarang isu .. Diharapkan agar blog ini dapat membantu dan memuaskan hati anda selepas menyinggah sebentar disini.. selamat menyelami dunia maklumat anda.. Senyum Selalu.. ^^
^.^welcome to my blog ^^
"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam, iaitu menjawab salam, menjenguk orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan, menasihatinya dan menjawab doa orang yang bersin". Hadis riwayat Bhukari dan Muslim
Sunday, February 20, 2011
Sunday, February 13, 2011
Coretan hatiku..
alhamdulillah..ucapan syukur sebanyak-banyaknya kepada Raja segala Raja..yang Mentadbir sekalian Alam..menghidupkan sesuatu yang mati dan mematikan sesuatu yang hidup..Dialah Allah.. tempat kembali setiap makhluk.. dengan adanya blog ini memang molek dan sesuai untuk luahkan segala apa yang tersimpan dalam peti hati ini.. huhu.. secararingkas.. ada beberapa gambar yang nak ditayangakan kepada anda semua.. ye la kan nak bace panjang-panjang ni agak meletihkan bukan..? belum kira baca komen dalam facebook lagi.. and so on isn`t it..? so.. check it out..!!
..menabur bakti di "old school" SMK Seri Ampang Ipoh ..cabaran : meningkatkan prestasi Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) tau tak sebabnya? sebabkan PRS yang dipilih hanya "tangkap muat" kata pelajar-pelajar senior PRS. so, efeknya, nama dan status PRS diturunkan kepada kelab dari pada status badan kepimpinan.. jadi inilah cabaran aku masa tu.. gambar ni diambil tahun lepas, pertengahan tahun.. alhamdulillah.. diakhir program pelajar-pelajar semakin bersemangat dan semua berpegang k
ha..da kunci pun.. xpe2.. juz trainin.. ^^ thx raihan.. sok lusa balas balik ye..klu lupe tu .. amin ^^
ni gambar anak buah yang kedua.. ikutkan yang ketiga sebab dah meninggal sorang.. ye la kan semuanya Allah dah tentukan.. klu tgk betul-betul macam kuat cerewet je da besa t... haha councelor to be =P amin
ha..ni bersama membe rumah..faisal and lah.. love ya so much haha... bez fwen 4eva.. - makan malam Kolej Za`ba 2009 bru sem 2 masa ni..
kepada surat wasiat masing-masing..(in term of traning and practise..-ME)
..energizer..tiada masalah dari segi kemudahan dan bahan-bahan..semua disediakan oleh phak sekolah..Alhamdulillah..
..disertai..pelbagai..latar belakang..bangsa..agama..buaya..eh silap.. budaya.. yup..?? satu Malaysia..! thats right boy..! ^^
..sporting.. adik ni segan-segan pulak..ala.. buat je la .. kita menari sama2 k.. hehe.. ^,~
alahai..susahnya..adik ni nak bercakap.. ehe.. xpe abg2 bg semangat k..? jom bincang strategi ! -
memimpin..merancang..berkomunikasi.. bagus..bagus..teruskan..!! aja aja fighting!! babasya..!! apa yang penting?? KERJASAMA....!!!! ^.^
bergambar bersama fasi..gabungan pelajar UPSI, UITM, UIA, KISDAR, STAM,Politeknik, Atlet Sukma, Pelajar Tingkatan tiga(adik-bertudung hitam rendah skit..mm yg mane ye..? )
ha...yg ni.. budak sihat yg sulung.. hehe.. alhamdulillah..kecik2 dak ske dok depan tv..ustaz zulkarnain.. bacaan zikir ke ape sbelum masuk maghrib...calon imam muda.. amin.. ^^ - bersama abang ipar dan kakak sulung.. one year birtday.. 3/07/2010
nyum...nyum.. Rayyan... pak cik nak cikit.....=(
alah...romantiknyer.. ^^ - mak..ayah..nak jugak..!!! hehehe..
bersama keluarga abang ipar.. ^^ skenye budak dua orang tu.. huhu..
berkelah di teluk senangin.. haha.. bezz fwen dari 1995.. ^^ daman.. acap..semester break-2010
ish..makluk mane terdampar nih..penemuan baru x2..!!
aziz..buat pe tu..? makhluk ni mengganaz la..!! nampak tu..dah retak seal kiter!!
ada masa manusia perlukan gelak ketawa untuk mengurangkan ketegangan..ada masa manusia perlukan rakan-rakan untuk enjoy.. btul x.. alhamdulillah.. ^^ hilang skit stress pas exam ...
senaman.. salah satu antara hobi yang digemari.. jom ikut sama!! ^,^
zat..! elakan pertama buah yang pertama.. aik..? boleh senyum lagi ye.. tunggu x2
ha..da kunci pun.. xpe2.. juz trainin.. ^^ thx raihan.. sok lusa balas balik ye..klu lupe tu .. amin ^^
Bersama..Allahyarjam..Dato Hussein On.. Perdana Menteri Malaysia Ke-Tiga..
srikandi gayong diuji dengan empat bata besar..
dari kanan..Allahyarham Cikgu Mat Lazim,Perak..Cikgu Majid, Kedah dan beberapa guru lama gayong..bergambar..
(PENCARIAN MURABBI UPSI 2011)
task 1 - Ilmu dan Interaksi Sosial
em.. program ni ala-ala imam muda.. alhamdulillah.. bagus, dapat sambutan dari setiap golongan.. non muslim pun join.. program ni berlangsung di diewan Kolej Za`ba Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 7 Januari yang lepas. Seramai 10 peserta dari tiga kolej mengambil bahagian. objektifnya adalah untuk mencari murabbi(pendidik) untuk dijadikan contoh dan rrujukan dalam setiap bidang..juga sebagai nilai tambah untuk mendapatkan ilmu .. pendekatan terbaru, julung-julung kali diadakan.. Kolej Aminudin Baki dan Koleh Harun Aminurrasyid turut sertai.. peserta-peserta yang terlibat dari perlbagai bidang seperti Pengajian Malaysia, sains sukan, bimbingan dan kaunseling (penulis ^^), pendidikan islam, bahasa arab, kemahiran hidup dan sains matematik.
uhu.. mmg nerveous..ye la kan.. nak kate ustaz bukan ustaz pun.. masuk ni pun sebab nak blaja..em..alhamdulillah semua penonton dapat perkongsian ilmu tayamum, kelebihan ktikaf..bab cinta..solat sunat jama` and etc.. task ni lebih kepada tazkirah..setiap peserta diberi masa 10 minit sahaja untuk bab hukum dan bab isu semasa gejala sosial..
..dari kiri Saiful(bahasa arab,BA), Hisyam(kemahiran hidup), Faisal(BA),Ridzuan(saya), Fadhlan
(sains matematik)
Task 2 - Pendekatan Dakwah.. ..TEKUN.. mendegar nasihat dan taklimat oleh Ustaz..
Objektif task kali ini adalah untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar KHAR bersama-sama berkongsi pandangan dan berkongsi ilmu.. turut bersama.. Hisyam dan Saiful..
FOKUS.. mendengar isi yang disampaikan peserta murabbi..
JURI dari Jabatan Agama Islam Perak(JAIP).. memberi komen..
TASK 3 - Menyampaikan Khutbah..tajuk yang disampaikan.. "Perjuangan dan Cabaran-Cabaran Rasulullah SAW dalam Berdakwah"..
FOKUS.. mendengar isi yang disampaikan peserta murabbi..
JURI dari Jabatan Agama Islam Perak(JAIP).. memberi komen..
TASK 3 - Menyampaikan Khutbah..tajuk yang disampaikan.. "Perjuangan dan Cabaran-Cabaran Rasulullah SAW dalam Berdakwah"..
KETAWA..unsur jenaka yang diselitkan peserta dalam tazkirah..
Task 4 - Tafsir dan Tilawah Al-Quran.. Surah An-Nasr
MENUNGGU..giliran..
Final Task - Sentuhan Kalbu..
Soal jawab bersama IMAM MUDA Hizbul dan Ashraf..
Imam Muda Hizbul.. bertanya mengenai Pendekatan Dakwah terhadap pasangan yang sedang berdua-duan kepada saya..
Akhir program.. Pengarah Program..Che Wan..
Barisan Murabbi UPSI 2011
Task 4 - Tafsir dan Tilawah Al-Quran.. Surah An-Nasr
MENUNGGU..giliran..
Final Task - Sentuhan Kalbu..
Soal jawab bersama IMAM MUDA Hizbul dan Ashraf..
Imam Muda Hizbul.. bertanya mengenai Pendekatan Dakwah terhadap pasangan yang sedang berdua-duan kepada saya..
Akhir program.. Pengarah Program..Che Wan..
Barisan Murabbi UPSI 2011
Sunday, February 6, 2011
Tahukah cara-cara/teknik/kaedah yang betul untuk mengulangkaji pelajaran??
1. Awalkan dengan DOA dan BERWUDHUK (KEBERKATAN)
Amalkan rutin mengulangkaji secara KEBERKATAN ini di dalam diri anda. In kerana terlalu ramai pelajar-pelajar yang cemerlang dan berjaya meletakkan Ketuhanan sebagai panduan awal pembelajaran supaya ilmu yang kita pelajari mendapat Keberkatan dan Redha. Mudah sahaja... Ambil Wudhuk dan Doa.... Walaubagaimanpun ramai yang sukar mengamalkannya....
2. Tak perlu terlalu LAPAR dan KENYANG (KESELESAAN)
Perut yang terlalu kenyang dan terlalu lapar adalah perkara yang membawa kepada ketidakselesaan di dalam mengulangkaji pelajara anda. Ini kerana fikiran yang memberi fokus kepada ULANGKAJI akan beralih kepada perkara LAPAR dan KENYANG. Mulalah anda akan merungut seperti : KENYANG - Bertukar kepada MENGANTUK dan LAPAR - Bertukar kepada MAKANAN.
3. KURANGKAN mendekati HANDSET/INTERNET/TV/RADIO dan Lain2 yang boleh menghilangkan FOKUS mata dan pendegaran(FOKUS)
Sekarang ramai pelajar yang suka mengulangkaji dengan pelbagai alatan-alatan teknologi dan ia menjadi satu SINDROM yang membawa kepada hilangnya Fokus Study. Saya tidak menghalang penggunaan alatan seperti ini di dalam mengulangkaji kerana ia juga boleh di jadikan suatu prkara menghilangkan BORING,JEMU,TERTEKAN dan sebagainya. Yang saya ingin tekankan KURANGKAN dan MINIMAKAN penggunaannya. Contoh apabila handset di tangan.. mulalah menekan SMS dan ketawa sorang diri.. Akhirnya melebihkan kepada bersembang melalui SMS. Apa yang terjadi? FOKUS hilang...
4. Pilihlah WAKTU dan TEMPAT sesuai di dalam Mengulangkaji Pelajaran (SEMANGAT)
Saya akui seorang pelajar akan terasa Malas apabila badan mula letih dan persekitaran tidak membina untuk belajar. Pilihlah Waktu dan Tempat yang sesuai di dalam anda mengulangkaji pelajaran. PENTING.. Impak belajar berkesan apabila anda mempunyai SEMANGAT di dalam ulangkaji.
5. Tidak perlu dekati dari KAWAN yang TIDAK STUDY semasa anda INGIN STUDY
Saya tidak menyatakan anda tidak boleh berkawan dengan rakan-rakan yang Tidak Study dan Asyik Bermain. Saya mengharapkan anda tidak mendekati mereka semasa anda berkobar-kobar untuk Study.. Ini kerana anda akan mula di pengaruhi walaupun anda tidak melakukan reaksi untuk bersama mereka. Inilah di katakan kesan PENGARUH BELAJAR. ANDA BOLEH BERKAWAN dengan MEREKA tetapi PILIHLAH MASA SESUAI untuk bersama MEREKA.
Apa bezanya bimbingan dan kaunseling?
PENGERTIAN, RASIONAL DAN OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju, pelbagai masalah sosial dialami. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, kumpulan liar dan sebagainya. Dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru dalam sesebuah negara yang pesat pembangunannya. Mari kita teliti secara dekat maksud pergertian bimbingan dan kaunseling serta rasional dan objektifnya.
Pada asasnya kaunseling mengandungi empat perkara iatu kemahiran, proses, analisis teori dan aplikasi teori. kemahiran kaunseling meliputi kemahiran-kemahiran asas yang digunakan oleh kaunselor yang terlatih kepada klien sepanjang sesi kaunseling berlangsung seperti kemahiran mendengar dan kemahiran melayan. Pada tahap proses pula adalah perjalanan kaunseling pada setiap tahap seperti tahap pra sesi, tahap membina hubungan, tahap penerokaan, tahap mengenal pasti masalah, tahap membina pelan tindakan, penamatan dan tindakan susulan. Analisis pula adalah mengkaji, menilai semula setiap teori yang digunakan. Manakala aplikasi teori membawa maksud menggunakan teori dan kemahiran tadi secara praktikal,berkesan dan tepat mencapai matlamat asas antara klien dan juga kaunselor.
PERGERTIAN BIMBINGAN
D.W. Lefever menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Ia bertujuan membantu seseorang individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup.
Menurut McDaniel dan Shaftell, bimbingan ialah suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
Rajah 1.1 Aktiviti-aktiviti bimbingan
Shertzer dan Stone pula berpendapat bahawa bimbingan adalah suatu proses yang menolong individu-individu memahami diri dan dunia mereka. Implikasi definisi ini ialah individu-individu akan dibantu oleh pembimbing agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, 0individu dapat mengembangkan kebolehannya ke suatu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup.
Alice Crow menerangkan bahawa bimbingan ialah bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.
Bimbingan bukan merupakan proses memberi arahan kerana pembimbing tidak membuat keputusan untuk pelajar atau klien. Apa sahaja langkah, matlamat atau hasil yang dicapai merupakan usaha individu itu sendiri. Pembimbing tidak menentukan cara-cara individu itu memenuhi kehendak, keperluan atau minatnya. Kesemua ini diikhtiarkan oleh individu itu sendiri.
Kini, bimbingan yang diberi kepada para pelajar bertujuan membantu mereka mengembangkan diri secara maksimum sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.
RASIONAL BIMBINGAN
Para pelajar di sesebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan. Mereka mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza. Selain itu, sahsiah mereka juga berlainan. Misal, ada pelajar yang bersifat ekstrovert iaitu gemar bercampur gaul dan ada pula yang sebaliknya. Ada pelajar yang mudah tersinggung dan ada pula yang boleh menerima kritikan. Sebahagian pelajar begitu berminat terhadap pelajaran manakala ada pula yang menganggap pelajran sebagai sesuatu yang begitu membosankan. Sesetengah pelajar berasal dari keluarga yang bahagia. Sebaliknya ada pelajar yang pulang ke rumah yang kosong atau ibu dan bapanya telah bercerai.
Memandangkan senario di atas, guru akan mengalami pelbagai masalah disiplin. Masalah ini mungkin terdiri daripada gangguan biasa di dalam kelas atau pelajar yang selalu ponteng. Dengan itu, bimbingan diperlukan bagi membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
OBJEKTIF-OBJEKTIF BIMBINGAN
Mengikut buku Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, program bimbingan mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid.
2. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid-murid daripada terlibat dalam masalah disiplin, tingkah laku yang tidak bersopan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis.
4. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu murid-murid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya.
Selain dari itu, objektif-objektif bimbingan adalah untuk:
1. Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib.
2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.
3. Mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya seperti merujuk kepada guru-guru yang berkenaan.
4. Membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperoleh pencapaian yang lebih baik.
5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bertanggungjawab, bersemangat, rajin, berdaya cipta, berdikari dan berkepimpinan.
6. Membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta kelemahan-kelemahan diri. Permahaman ini penting untuk memilih mata pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.
7. Menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta menepati masa.
8. Menolong murid-murid mengembangkan secara seimbang aspek-aspek jasmini, emosi, rohani dan intelek.
9. Membentuk murid-murid yang stabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
10. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan mengelak krisis daripada berlaku.
11. Menolong murid-murid memahami sesuatu masalah dari suatu sudut yang luas.
12. Menolong murid-murid memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalahnya.
13. Menolong murid-murid membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi hidupnya.
14. Menolong murid-murid memperoleh kemahiran berkomunikasi supaya prekembangan aspek sosioemosi dapat ditingkatkan lagi.
15. Menolong murid-murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari sekolah rendah ke sekolah menegah. Program ini dapat mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi murid berkenaan.
16. Menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi pengajian yang berkenaan.
17. Mengadakan kem motivasi dari semasa ke semasa begi murid-murid dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Subscribe to:
Posts (Atom)